Thursday, April 16, 2020

Trip to Taiwan

Assalammualaikum and hi

Just a little bit throwback trip dari Taiwan yang dah plan last year. Member aku dapat survey tiket and beli flight tiket cepat sikit dalam harga RM783.85.  Kalau lambat beli tiket lagi pricey -.-"
Trip date expected (21/2/20 - 26/2/20). Time ni belum lagi start PKP tapi awal bulan Feb dah dapat tentangan trip masa nak pergi sana dari member kat ofis. Member ofis suruh pergi sana duduk sana terus. Aku banyak jugak berdoa moga tak ada apa halangan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bertolak awal pagi dari rumah sebab tumpang kereta member ke KLIA2. Bertolak dari rumah and park kereta rumah member seawal pukul 3a.m and flight dalam pukul 7lbh. Plan trip bertiga and jadual as expected ke:

1- Maokong Gondola station & St grand mosque
2- Lotus pond & Dragon & tiger Pagodas +night market @Ecological district
3- Sun moon lake &theme park
4- Jiufen waterfall & shiffen old street +Halal food muslim beef noodle
5- Taroko National Park + Zhong shan station
6- Leofoo Village Theme Park

21-2-20- Friday

Surau Airport (thought that muslim friendly but u got to call them to use the room)

Our first day. Arrived dekat 11:50am sebab jauh dari Malaysia- Taiwan dekat 5jam lbh baru sampai. Cari beg and luggage. Cari toilet and nak solat jamak alang-alang dah jalan. Amik token Taipei 1 day to Gondola Station. Kena simpan beg dulu kat tempat locker yang dekat nanti ambil balik beg baru ke rumah air bnb. First time ke Taiwan perasaan tu excited sikit tapi takut tu banyak dengan kes wabak tu so tak nak post kat mana-mana media social sampai dah balik KL. Perjalanan nak ke Gondola ni memang berangin. View cantik semua cam



Maokong Station (antara salah1 perhentian yang berenti)


Berjalan seharian dari airprt terminal 1-maokong gondola and st masjid grand. Alhamdulillah dapat solat jamak je. Gambar kat masjid tak simpan sebab dah gelap. And terjumpa sorang kakak indonesia tegur kami dari mana. Dia ingat muka aku cam Pakistan. So aku cakap Malaysia and she keeps talking like non stop but we had to cut the conversation and proceed our journey to rest at home and lapar. Cari rumah air bnb malam tu and kaki baru start sakit jauh berjalan. hehe


22-2-20- Saturday
Sec day menghala ke Lotus pond and dragon & tiger pagodas @ Zuoying District di Kaohsiung, Taiwan. Antara tempat tarikan pelancong sebab banyak tempat cantik and binaan orang sana sembahyang. Biasanya orang Buddha percaya tu tempat kuil diorang nak berdoa. Sempat beli air boba caramel latte tapi rasanya air tu biasa-biasa je. Time bergambar sakan time tu la tumpah air iz sikit. orang kata kalau tumpah tu bukan rezeki, its okay-.-"

Lotus pond 



air bobba caramel latte rasanya dia lupa letak caramel

Dragon & tiger pagodas 



Ada sorang member (calon jodoh) baru aku kenal cakap muka aku cam budak lepas spm. 
and he didnt know how to keep contact meaning tht aku xcukup cantik. sokay just be yourself girl. Actually nak cakap aku muka lepas spm (aku awet muda, lol). K

Ada tourist dari US tegur where are we from. Dia ingatkan kita orang indonesia sebab bertudung; Just wonder the people loves the weather is windy in Taiwan. Habis berjlan area Kaohsiung cari bas nak balik tapi malangnya bas susah sikit nak ada and bas ikut time. perut pun dah lapar, nasib bawak bekalan masa depan cam biskut and roti. Masa balik bila dapat bas 35B naik train Central park balik pergi station Ecological District tengok tempat kawasan menarik. Sebab 1 Jalan nak balik rumah sewa. Singgah pasar malam tapi tekak tak rasa nak membeli makanan tapi beli je buah fruit dragon. 

 Ecological District



23-2-20- Sunday

Hari ketiga ke sun moon lake and Formosan Aboriginal Culture village. Keluar rumah awal pagi lps pkl7am and naik bas pergi balik. sampai awal pkl9 ke sun moon lake. Perjalanan agak jauh ke tasik. Mulaplan nak naik basikal tapi ada beberapa masalah teknikal sikit masa gi sana

sun moon lake 


boat sun moon lake 

Pic dari boat sun moon lake




Formosan Aboriginal Culture village

Masa perjlnn seharian kat sana cam tak cukup masamain game tapi bila fikir kena tunggu bas pula masalah. Orang Taiwan ni kurang sikit bagi info dgn kemudahan bas. Bila dah naik bas masa nak balik tu makan masa 2@3 jam lebih daripada expected. Penat naik bas dia rasa cam off mode

ps- TO BE CONT next post

Monday, April 13, 2020

Things that I missed


Assalammualaikum and hi semua.......

Alhamdulillah..I'm still here in this blog. Dah mula merajinkan diri kat blog sebab banyak free time selain buat kerja kat dalam rumah. Since masih lagi musim covid19 kita semua duduk rumah and manfaatkan masa yang ada.

Sejak PKP -perintah kawalan pergerakan dah start 18/3/20 dah mula rasa ada benda yang rindu nak buat kat luar. 

1. Nak makan steam boat, and sushi and K fry nampaknya hanyalah mampu dilihat dari gambar-gambar yang nampak enak ya. 

2. Nak keluar jogging and spend time dgn kawan2 and family 

3. Nak guna kasut pegi ofis

4. Nak pakai beg and keluar jalan

5. Nak kena jumpa calon jodoh (sebenarnya)

6. Nak dkt nak puasa ni 24/4/20 , nak rasa suasana berjemaah solat kat masjid, buka puasa kat luar dgn kawan

7. Hopefully dah raya pun dapat kot keluar 

8. Balik kampung ngan selamat

Takat ni tu yang dirindui. Takpe la...sabar stay at home
Bamboo Garden Steamboat 竹园私房火锅 @ Kepong - VKEONGSushi Rolls (Maki Sushi - Hosomaki) 細巻き • Just One Cookbook

Signs you're jogging incorrectlyJogging Images, Stock Photos & Vectors | Shutterstock

Apapun kita doakan semoga dapat hapuskan rantaian covid19. Semoga diberikan kesembuhan pada setiap orang yang dijangkiti covid. Semoga kita semua selamat dilindungi oleh Allah swt. Doa banyak-banyak. Mungkin apa yang jadi ni kita terima dengan hati yang redho. Semoga Allah ampunkan kesilapan kita

Ps- tak sangka dah mula start blog balik tahun 2020 
semoga dapat istiqomah dengan benda baik. bye

Sunday, January 20, 2019

Short trip berkelah to sungai gabai

Assalammualaikum and hi!

Lama gila tak menaip since last 2013. Alhamdulillah..Aku sebenarnya bersyukur masih diberikan nikmat yang sihat dan kehidupan yang selesa dengan keluarga bahagia, kawan yang memahami dan  boleh menerima seadanya. Mulanya nak start blog balik ni untuk simpan kenangan dengan cerita @ kongsi beberapa maklumat yang menarik. Kali ni aku nak cerita kan first time ke sungai gabai, hulu langat, batu 18

Preparation nak pergi sana sebenarnya macam tak dirancang. Member aku farah ajak outing dalam group whatsapp and dia ajak 2 orang lagi kawan sekelas sekolah lama dulu. Aku on untuk join jugak diri dan gigih bangun pagi awal lepas subuh dah pack la baju seluar semalam, pakai kasut bawak selipar. Sebenarnya tempat tu menarik untuk keluarga yang nak berkelah..Yang mana kebanyakkan orang lain ajak orang tua dengan anak cucu nak berbbq' boleh bawak barang kat atas batu dekat je tak atas puncak tapi minta tolong jangan buang sampah merata ya. sebab mostly aku nampak tak berapa bersih bila mereka guna tempat berkelah bawak makan dan bersihkan makanan tu bersepah merata-rata ada juga sampah

Plan tu sebenarnya nak bertolak pukul8 pagi tapi member sorang terlajak tidur bangun lambat. Ummu aku call and mesej tak berbalas dan dia sampai pukul9. hahahahaha. kitorang je ke apa excited siap awal lagi sempat makan minum lepak tunggu dari rumah farah kat lembah jaya, Ampang. Masa on the way dari rumah Farah, cari jalan sungai gabai memang ada sign board and korang boleh google map kalau masih ada line. hahaha. Mujur sebenarnya ummu ni pernah pergi dan dia tau jalan selok belok tempat ke sungai gabai.

Sampai je situ, matahari tak terik lagi, tapi dah mula nampak orang lain kat kawasan sungai tu bersuka ria berkelah dengan member @keluarga. Kitorang dah park kereta farah tepi tu dorang caj setiap orang masuk sungai RM1. So bila berempat.. kena RM4. Aku lama tak panjat tangga naik atas puncak dan pakai kasut sorang la. Member lain rileks je pakai selipar bertutup tapi ummu je berkaki ayam, sebab dia legend (biasa dah naik sg gabai) hahaha. Pancit juga bila tengah naik sampai puncak dan nampak waterfall atas tu sangat cantik. Alhamdulillah. Sampai je kat atas baru mandi and chill je.

Lupa nak bagitau masa mandi, kalau dah masuk dalam air tu jangan terkejut kalau ada ikan, labi-labi tengah berenang sekali dalam tu.. dan member aku siap nampak cik ti (cencorot) tepi daun tu lari. Lepas je mandi kitorang tuka baju seluar yang kering dan baru lepak makan lunch kat gerai. overall enjoy je time ni cuma expectation nak pergi sana janganlah korang tengok macam pergi telaga tujuh langkawi. hahaha.



The end
Assalamualaikum

Sunday, May 6, 2012

Buku yang tertinggal nak beli, tolonglah belikan nanti

Sebarkan bahagia

 

Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati
Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki
Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan
Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia
-FATIMAH SYARHA

 

Ps Aku tengah carik buku ustazah..sabar ya insyaallah ada jalannya



 

Saturday, March 17, 2012

Kenapa saya layan jugak cerita korea..

Liat jugak nak mula menaips sekarang. Mood macam off je kot, dan hormon memang tak stabil agaknya. Seriusly aku dah mula menyampah dengan tempat kerja aku. Tapi aku tengah bersabar seberapa habis mungkin. Sabar itu separuh daripada iman kan? Kalau aku nak resign pon aku mesti dapatkan kerja baru dulu baru leh berenti dengan aman. btw num handphone lama aku dah TAK pakai, kena curik kat ofis. Itu ONE of the big reason jugak aku tak suka tempat kerja aku tu. aku dahla hilang num contact kawan lama..IF ADA yang nak mintak num hp baru saya, sila pm kat FACEBOOK saya ye dan make sure saya balas, kalau ada xbalas tu mintak ampun maaf.

Eh perenggan pertama panjang bebeno intro..terpesong daripada tajuk pulak…..Ah takpela. Aku suka tengok cerita korea sebenarnya. Mehla kita list sikit sebab apa aku rasa aku tengok je orang korea berlakon ni, sebb nama pelakon xtau, tapi bila tengok cite korea ni rasa macam indah2 belaka je..ke aku je yang syok camtu

image

1) Jalan cerita romantik gak kan

Cerita korea kadang-kadang buat aku fikir macam so sweet kot cite tu la..padahal..aku tak penah pon bercinta..haha. so what. Sebab mungkin dia banyak share satu experience yang kite tak tau tapi tetiba tau. hoho bole terpengaruh gak kan. kita nampak la happy, sedih, frust, segala emosi kononnya la, bukannya aku tengok adegan xpatut tapi suka tengok benda yang manis je bila ada orang sayang kan kite. Contohla aku ingat ngan tengok kat cite tu..bila orang tu dah bangun pagi dia kejut pastu ada orang siapkan makanan sume terhidang pastu dia corakkan bentuk makanan kat atas pinggan tu lagi comel. Biarkan someone tu happy pastu dia appreciate benda tu

2) Pelakon hero-heroin

Pelakon korea sume cantik2, tengok kulit pon dah putih, pandai bergaya bila dorang dressing, memang lawa kot. pastu bila dorang cakap pon tak dea kasar sangat. sumenya macam bersederhana. tapi kalau bab pemakaian klau yang penyanyi tu aku tak taula nak kata. sebab apa yang aku minat di berdasarkan daripada pemerhatian. orang kata tak tahu tu xtahu la..haha. Sebab apa yang aku nak cite ni pasal cerita korea bukannya fokus kat nyanyian. bole terpesong gak kan entry aku..sume nak tambah

3) Pengaruh rakan sebaya

Kadang-kadang aku boleh layan jugak segala cerita drama yang berunsurkan komedi, romantik, action kame. haha. Contoh yang terjadi kat aku ni dulu aku ada sorang sedara ajak tengok korea..daripada aku tak tahu cerita boys over flower..sampai abis lak aku nengok. Ada satu cerita yang rain berlakon tu aku lupa lak tajuk drama tu..kalau rajin karang aku tengok balik la youtube. Ok dah ingat..Full house.

image

Nasihat baik daripada saya..layan jela sementara ADA masa OK SINI , agak merbahaya buat sesiapa yang amik exam besar..so pandai-pandai la korang adjust masa kalau nak tengok tu.

 

Ps- Birthday saya hari ni 17 March..dan tahun dirahsiakan sebb saya rasa dah tua.

Pss- terima kasih kat sume wish, terima kasih ya Allah kerana engkau masih memnjangkan usia hambamu yang kecil ini..syukur alhamdulillah

Thursday, February 23, 2012

Jalan-jalan Sabah

Hari Jumaat lepas aku amik AL 2hari sudaa…Jumaat until Ahad bantai pegi Sabah. Hari berkerja sepatutnya sampai hari Sabtu half day, tapi aku nak bercuti sangat…amikla AL. Kalau ada yang tak tahu AL tu apa..maksudnya Annual leave..orang kata kalau nak amik cuti tu guna sebaik mungkin, maksudnya kita kerja bawah satu company dia akan bagi kebenaran bila surat cuti tu lulus. Oleh itu, kita amik satu form kosong AL pastu apply bagi team leader ngan bos, and copy fotostet simpan wat kenangan sendiri. Buat masa sekarang itu jela yang aku baru belajar apa yang perlu buat kalau kita nak apply AL.

Kita ubah topik jalan-jalan Sabah bahhhh..kita pergi siap sampai Airasia sebelum pukul 5 keluar rumah. Maksudnya dah prepare barang beg sume keluar rumah dah ada teksi di book. Pegi je teksi bawak dekat RM60, nak naik flight sampai kat sana dalam 2jam. Sampai je Sabah, suasana dia tak de la beza sangat area Malaysia, Kengkadang rasa macam kat Jakarta bila kita bercakap dialek Sabah bahhhhh.

SAM_1565 SAM_1532 SAM_1550 SAM_1553

Sampai je kat Sabah kita cek in Marina Court resort..kondominium berdepan Mall ngan Kraftangan sume…Best gak, tapi panorama dia macam duduk area KLCC tapi ada laut la keliling dia. Sampai je kami book teksi sampai 2hari dah kena charge RM700. Aku rasa kalau nak safe bajet transportation, jalan dekat-dekat ler, tapi kalau daaa jauh kita seberang nak makan angin, amik jela..jalan sekitar Sabah, Kota kinabalu, Jesselton Point, Menara tunku mustapha dan lain-lain, sempat makan durian Sabah pastu relax duduk depan pantai, sambil cuci mata dengan membeli souvenir, Sape yang baik ngan kite dapatler buah tangan…limited je, seronokla jalan sekali-sekala ngan famili kan.SAM_1849 SAM_1639SAM_1605   SAM_1748

Ps- Kenangan 2012, lepas balik hari Ahad time 7.15 kat rumah terus penat, pastu Isnin besok nak kene keje and ucap selamat jalan bak..kene kerja balik kat Oman.

Pss- Cuti dah abis..nak buat2 amik cuti..panggil cuti apa

Saturday, January 28, 2012

Pelik

Assalamualaikum, hari ni nak ingat sikit kat diri sendiri. Berhati-hatilah sendiri bila main internet. Aku rasa agak rajin jugak main social internet. Aku ni jenis jarang bergaul dengan orang ramai, tengok Facebook takde update tapi suka je tengok2..baca apape yang patut. Aku jugak bukak Google+ Virtualfriends twitter dan sebagainya. Tapi ada satu benda yang menarik perhatian aku sendiri satu laman web social Tagged. Jenis social networking macam nak carik cinta and scandal ke. Setakat nak berkawan kat situ adala biasa tapi kalau orang tua umur 57 tahun kat situ nak buat apa. Boleh tak uncle ni insaf sikit buat perkara amal macam nak menderma ke nak nasihat ke. Tapi memang lainlah. Malas la nak tunjuk kat inbox tu. Dah print skrin tapi buat hal..Okbai

Ps- Hati2 bila berkawan kat internet macam-macam..leh jadi