Sunday, January 20, 2019

Short trip berkelah to sungai gabai

Assalammualaikum and hi!

Lama gila tak menaip since last 2013. Alhamdulillah..Aku sebenarnya bersyukur masih diberikan nikmat yang sihat dan kehidupan yang selesa dengan keluarga bahagia, kawan yang memahami dan  boleh menerima seadanya. Mulanya nak start blog balik ni untuk simpan kenangan dengan cerita @ kongsi beberapa maklumat yang menarik. Kali ni aku nak cerita kan first time ke sungai gabai, hulu langat, batu 18

Preparation nak pergi sana sebenarnya macam tak dirancang. Member aku farah ajak outing dalam group whatsapp and dia ajak 2 orang lagi kawan sekelas sekolah lama dulu. Aku on untuk join jugak diri dan gigih bangun pagi awal lepas subuh dah pack la baju seluar semalam, pakai kasut bawak selipar. Sebenarnya tempat tu menarik untuk keluarga yang nak berkelah..Yang mana kebanyakkan orang lain ajak orang tua dengan anak cucu nak berbbq' boleh bawak barang kat atas batu dekat je tak atas puncak tapi minta tolong jangan buang sampah merata ya. sebab mostly aku nampak tak berapa bersih bila mereka guna tempat berkelah bawak makan dan bersihkan makanan tu bersepah merata-rata ada juga sampah

Plan tu sebenarnya nak bertolak pukul8 pagi tapi member sorang terlajak tidur bangun lambat. Ummu aku call and mesej tak berbalas dan dia sampai pukul9. hahahahaha. kitorang je ke apa excited siap awal lagi sempat makan minum lepak tunggu dari rumah farah kat lembah jaya, Ampang. Masa on the way dari rumah Farah, cari jalan sungai gabai memang ada sign board and korang boleh google map kalau masih ada line. hahaha. Mujur sebenarnya ummu ni pernah pergi dan dia tau jalan selok belok tempat ke sungai gabai.

Sampai je situ, matahari tak terik lagi, tapi dah mula nampak orang lain kat kawasan sungai tu bersuka ria berkelah dengan member @keluarga. Kitorang dah park kereta farah tepi tu dorang caj setiap orang masuk sungai RM1. So bila berempat.. kena RM4. Aku lama tak panjat tangga naik atas puncak dan pakai kasut sorang la. Member lain rileks je pakai selipar bertutup tapi ummu je berkaki ayam, sebab dia legend (biasa dah naik sg gabai) hahaha. Pancit juga bila tengah naik sampai puncak dan nampak waterfall atas tu sangat cantik. Alhamdulillah. Sampai je kat atas baru mandi and chill je.

Lupa nak bagitau masa mandi, kalau dah masuk dalam air tu jangan terkejut kalau ada ikan, labi-labi tengah berenang sekali dalam tu.. dan member aku siap nampak cik ti (cencorot) tepi daun tu lari. Lepas je mandi kitorang tuka baju seluar yang kering dan baru lepak makan lunch kat gerai. overall enjoy je time ni cuma expectation nak pergi sana janganlah korang tengok macam pergi telaga tujuh langkawi. hahaha.



The end
Assalamualaikum