Assalammualaikum and hi semua.......
Stay positive. YOLO. You only live once. Be better than yesterday, be happy. Less expectation. More smile
Monday, April 13, 2020
Things that I missed
Assalammualaikum and hi semua.......
Sunday, January 20, 2019
Short trip berkelah to sungai gabai
Lama gila tak menaip since last 2013. Alhamdulillah..Aku sebenarnya bersyukur masih diberikan nikmat yang sihat dan kehidupan yang selesa dengan keluarga bahagia, kawan yang memahami dan boleh menerima seadanya. Mulanya nak start blog balik ni untuk simpan kenangan dengan cerita @ kongsi beberapa maklumat yang menarik. Kali ni aku nak cerita kan first time ke sungai gabai, hulu langat, batu 18
Preparation nak pergi sana sebenarnya macam tak dirancang. Member aku farah ajak outing dalam group whatsapp and dia ajak 2 orang lagi kawan sekelas sekolah lama dulu. Aku on untuk join jugak diri dan gigih bangun pagi awal lepas subuh dah pack la baju seluar semalam, pakai kasut bawak selipar. Sebenarnya tempat tu menarik untuk keluarga yang nak berkelah..Yang mana kebanyakkan orang lain ajak orang tua dengan anak cucu nak berbbq' boleh bawak barang kat atas batu dekat je tak atas puncak tapi minta tolong jangan buang sampah merata ya. sebab mostly aku nampak tak berapa bersih bila mereka guna tempat berkelah bawak makan dan bersihkan makanan tu bersepah merata-rata ada juga sampah
Plan tu sebenarnya nak bertolak pukul8 pagi tapi member sorang terlajak tidur bangun lambat. Ummu aku call and mesej tak berbalas dan dia sampai pukul9. hahahahaha. kitorang je ke apa excited siap awal lagi sempat makan minum lepak tunggu dari rumah farah kat lembah jaya, Ampang. Masa on the way dari rumah Farah, cari jalan sungai gabai memang ada sign board and korang boleh google map kalau masih ada line. hahaha. Mujur sebenarnya ummu ni pernah pergi dan dia tau jalan selok belok tempat ke sungai gabai.
Sampai je situ, matahari tak terik lagi, tapi dah mula nampak orang lain kat kawasan sungai tu bersuka ria berkelah dengan member @keluarga. Kitorang dah park kereta farah tepi tu dorang caj setiap orang masuk sungai RM1. So bila berempat.. kena RM4. Aku lama tak panjat tangga naik atas puncak dan pakai kasut sorang la. Member lain rileks je pakai selipar bertutup tapi ummu je berkaki ayam, sebab dia legend (biasa dah naik sg gabai) hahaha. Pancit juga bila tengah naik sampai puncak dan nampak waterfall atas tu sangat cantik. Alhamdulillah. Sampai je kat atas baru mandi and chill je.
Lupa nak bagitau masa mandi, kalau dah masuk dalam air tu jangan terkejut kalau ada ikan, labi-labi tengah berenang sekali dalam tu.. dan member aku siap nampak cik ti (cencorot) tepi daun tu lari. Lepas je mandi kitorang tuka baju seluar yang kering dan baru lepak makan lunch kat gerai. overall enjoy je time ni cuma expectation nak pergi sana janganlah korang tengok macam pergi telaga tujuh langkawi. hahaha.
Sunday, May 6, 2012
Buku yang tertinggal nak beli, tolonglah belikan nanti
Sebarkan bahagia
Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati
Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki
Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan
Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia
-FATIMAH SYARHA
Ps Aku tengah carik buku ustazah..sabar ya insyaallah ada jalannya
Saturday, March 17, 2012
Kenapa saya layan jugak cerita korea..
Liat jugak nak mula menaips sekarang. Mood macam off je kot, dan hormon memang tak stabil agaknya. Seriusly aku dah mula menyampah dengan tempat kerja aku. Tapi aku tengah bersabar seberapa habis mungkin. Sabar itu separuh daripada iman kan? Kalau aku nak resign pon aku mesti dapatkan kerja baru dulu baru leh berenti dengan aman. btw num handphone lama aku dah TAK pakai, kena curik kat ofis. Itu ONE of the big reason jugak aku tak suka tempat kerja aku tu. aku dahla hilang num contact kawan lama..IF ADA yang nak mintak num hp baru saya, sila pm kat FACEBOOK saya ye dan make sure saya balas, kalau ada xbalas tu mintak ampun maaf.
Eh perenggan pertama panjang bebeno intro..terpesong daripada tajuk pulak…..Ah takpela. Aku suka tengok cerita korea sebenarnya. Mehla kita list sikit sebab apa aku rasa aku tengok je orang korea berlakon ni, sebb nama pelakon xtau, tapi bila tengok cite korea ni rasa macam indah2 belaka je..ke aku je yang syok camtu
1) Jalan cerita romantik gak kan
Cerita korea kadang-kadang buat aku fikir macam so sweet kot cite tu la..padahal..aku tak penah pon bercinta..haha. so what. Sebab mungkin dia banyak share satu experience yang kite tak tau tapi tetiba tau. hoho bole terpengaruh gak kan. kita nampak la happy, sedih, frust, segala emosi kononnya la, bukannya aku tengok adegan xpatut tapi suka tengok benda yang manis je bila ada orang sayang kan kite. Contohla aku ingat ngan tengok kat cite tu..bila orang tu dah bangun pagi dia kejut pastu ada orang siapkan makanan sume terhidang pastu dia corakkan bentuk makanan kat atas pinggan tu lagi comel. Biarkan someone tu happy pastu dia appreciate benda tu
2) Pelakon hero-heroin
Pelakon korea sume cantik2, tengok kulit pon dah putih, pandai bergaya bila dorang dressing, memang lawa kot. pastu bila dorang cakap pon tak dea kasar sangat. sumenya macam bersederhana. tapi kalau bab pemakaian klau yang penyanyi tu aku tak taula nak kata. sebab apa yang aku minat di berdasarkan daripada pemerhatian. orang kata tak tahu tu xtahu la..haha. Sebab apa yang aku nak cite ni pasal cerita korea bukannya fokus kat nyanyian. bole terpesong gak kan entry aku..sume nak tambah
3) Pengaruh rakan sebaya
Kadang-kadang aku boleh layan jugak segala cerita drama yang berunsurkan komedi, romantik, action kame. haha. Contoh yang terjadi kat aku ni dulu aku ada sorang sedara ajak tengok korea..daripada aku tak tahu cerita boys over flower..sampai abis lak aku nengok. Ada satu cerita yang rain berlakon tu aku lupa lak tajuk drama tu..kalau rajin karang aku tengok balik la youtube. Ok dah ingat..Full house.
Nasihat baik daripada saya..layan jela sementara ADA masa OK SINI , agak merbahaya buat sesiapa yang amik exam besar..so pandai-pandai la korang adjust masa kalau nak tengok tu.
Ps- Birthday saya hari ni 17 March..dan tahun dirahsiakan sebb saya rasa dah tua.
Pss- terima kasih kat sume wish, terima kasih ya Allah kerana engkau masih memnjangkan usia hambamu yang kecil ini..syukur alhamdulillah
Thursday, February 23, 2012
Jalan-jalan Sabah
Hari Jumaat lepas aku amik AL 2hari sudaa…Jumaat until Ahad bantai pegi Sabah. Hari berkerja sepatutnya sampai hari Sabtu half day, tapi aku nak bercuti sangat…amikla AL. Kalau ada yang tak tahu AL tu apa..maksudnya Annual leave..orang kata kalau nak amik cuti tu guna sebaik mungkin, maksudnya kita kerja bawah satu company dia akan bagi kebenaran bila surat cuti tu lulus. Oleh itu, kita amik satu form kosong AL pastu apply bagi team leader ngan bos, and copy fotostet simpan wat kenangan sendiri. Buat masa sekarang itu jela yang aku baru belajar apa yang perlu buat kalau kita nak apply AL.
Kita ubah topik jalan-jalan Sabah bahhhh..kita pergi siap sampai Airasia sebelum pukul 5 keluar rumah. Maksudnya dah prepare barang beg sume keluar rumah dah ada teksi di book. Pegi je teksi bawak dekat RM60, nak naik flight sampai kat sana dalam 2jam. Sampai je Sabah, suasana dia tak de la beza sangat area Malaysia, Kengkadang rasa macam kat Jakarta bila kita bercakap dialek Sabah bahhhhh.
Sampai je kat Sabah kita cek in Marina Court resort..kondominium berdepan Mall ngan Kraftangan sume…Best gak, tapi panorama dia macam duduk area KLCC tapi ada laut la keliling dia. Sampai je kami book teksi sampai 2hari dah kena charge RM700. Aku rasa kalau nak safe bajet transportation, jalan dekat-dekat ler, tapi kalau daaa jauh kita seberang nak makan angin, amik jela..jalan sekitar Sabah, Kota kinabalu, Jesselton Point, Menara tunku mustapha dan lain-lain, sempat makan durian Sabah pastu relax duduk depan pantai, sambil cuci mata dengan membeli souvenir, Sape yang baik ngan kite dapatler buah tangan…limited je, seronokla jalan sekali-sekala ngan famili kan.
Ps- Kenangan 2012, lepas balik hari Ahad time 7.15 kat rumah terus penat, pastu Isnin besok nak kene keje and ucap selamat jalan bak..kene kerja balik kat Oman.
Pss- Cuti dah abis..nak buat2 amik cuti..panggil cuti apa
Saturday, January 28, 2012
Pelik
Assalamualaikum, hari ni nak ingat sikit kat diri sendiri. Berhati-hatilah sendiri bila main internet. Aku rasa agak rajin jugak main social internet. Aku ni jenis jarang bergaul dengan orang ramai, tengok Facebook takde update tapi suka je tengok2..baca apape yang patut. Aku jugak bukak Google+ Virtualfriends twitter dan sebagainya. Tapi ada satu benda yang menarik perhatian aku sendiri satu laman web social Tagged. Jenis social networking macam nak carik cinta and scandal ke. Setakat nak berkawan kat situ adala biasa tapi kalau orang tua umur 57 tahun kat situ nak buat apa. Boleh tak uncle ni insaf sikit buat perkara amal macam nak menderma ke nak nasihat ke. Tapi memang lainlah. Malas la nak tunjuk kat inbox tu. Dah print skrin tapi buat hal..Okbai
Ps- Hati2 bila berkawan kat internet macam-macam..leh jadi
Monday, January 23, 2012
Chinese New year (CNY) 2012
Assalamualaikum to everyone and friends.
It’s been a good thing to drop by in this entry and share some moments. Lets see..What I did for CNY 2012. I woke up at 7morning and felt a bit morning sickness. By the way, I just recover from fever yesterday. So today it’s getting better and I only had flu and cough. As usual in morning after I had my prayers, I went to sleep in my bed again. Trying to use my holiday wisely and I wake up again at 9morning.
Then, i eat mama’s mee goreng and I ate it about twice. It’s good when you can enjoying your mama’s food without any disturbance of getting hurried to go working, and others. And then, I just sitting and watching tv with families and accompany mama to buy groceries stuff. It’s still a good holiday for me to celebrate chinese new year even I’m not chinese but I can feel it around Malaysia. The happiness that we shared together in satu Malaysia, status facebooks..tv’s and other. So, happy Gong xi fa cai to every chinese friends.
Ps- currently I’m trying to adapt my ownself while working with RHB Bank
Pss- Because of CNY i got 2 days holiday and enjoy