Hari takla hujan. Pagi awal jam 10 pagi..mama ajak pegi kedai Gulatis. Sebenarnya nak beli tudung baru kat Kain Gulatis. Tapi kedai tu tak bukak lagi dah pukul 10.30 pagi, so kami masuk jap kat dalam Ampang Point. Aku ikutkan aje mama..las-las dapatla dia sehelai kain lembut kalet ijau muda. Tak berkenan sebenarnya aku tengok kain tudung tu, tapi dah mama nak jugak. So, takde bantahan..empunya diri nak beli..belila satu pastu balik. Mama nak pakai kain tudung tu kat majlis pertunangan jad kat Hulu Langat.
Kami dah bersiap dekat jam 12 tengahari, aku turun je bawah tangga kemudian Along bukak pintu pesan..”Bagitau mama, along tak pergi majlis tunang jad”..aku katala, “nak cancel last minit pegi cakapla mama”….katanya Along ada keje, bos panggil tetiba. Mama terkejut macam tak boleh terima. Sebab kalau tak nak pergi cakapla terus terang, tadek paksaan. Sambil di janji demi Allah dia ada kerja, bukan nya sesuka hati. Aku pun malas nak bertekak..sebab plan nak gerak dari rumah jam 12 jadi 12.20tengahari.. Aku kata kalau tak nak pegi sudahla..Aku amik kunci kereta Vios yang aku dah on terus tutup. Sebab ikutkan plan kalau Along ikut..nanti dia drive dengan Vios. Bila mama nak drive, dia bawak kereta Merc. Aku bukanla suka sangat kereta mercedez, tapi macam orang nampak kaya sangat kalau kita pakai kereta mewah. Lagi elok biarlah bersederhana kan?
Mama drive to Masjid Sultan..ikut perjanjian tunggu kat masjid area Hulu langat sebelum pergi rumah orang tuan rumah. Aku dah agak pon..kita datang mesti awal, tengokla 1240 pm dah terpacak kat masjid. Dorang sume datang dekat jam 110, time Zohor..pastu barula gerak.
Malangnya, bila dah datang awal kami keluar dari masjid lewat plak. Kata nak konvoi sama-sama..pastu kita bolehla catch up, tapi kena tinggal pulak. Akram yang lambat keluar dari masjid. Kami pun silap, sibuk nak tunggu Mak long solat nak jaga barang-barang dia hilang karang, aku pon tak call Akram..cepat masuk dalam kereta kita dah nak gerak. Sampai je nak keluar masjid, aku call Jannah..jangan laju sangat..kitorang mana tau..sib bek nampak Jad..dia tunggu kita balik. Kita manala tau kat area tu, rumah pedalaman kat area lembah azuwin.
Majlis pertunangan Jad ngan Ella berjalan lancar sampai ke petang. Aku agak dalam pukul 4 pm kita ada kat rumah. Memang betul balik ke petang, makan time 2.30..bincang balik lepas makan, pastu ada sesi bergambar, excited kot sedara mara aku bila nak bergambar. Aku malas nak amik port bergambar tak ada semangat. Aku jadi tukang amik gambar tapi malu-malu segan sikit, sebab tu rumah orang yang nak bertunang. Setakat tolong amik gambar sikit-sikit takpe :)
Ps- Rasanya bila dah tunang, maybe ujung next year dah bole nak kahwin..aku tengah carik calon lelaki g…so kalau ada yang tanya..bila plak hari tunang-kahwin…insyaAllah lambat lagi
