Al-kisahnya hari ini saya berniat nak masak kuih caramel,
bila lihat bahan-bahan semuanya ada, kecuali lagi sebiji telur,
kerana sebiji telur lagi tak cukup, saya membatalkanla niat nak kukus kuih caramel,
Selesai masak tengahari cuma nasi, ikan goreng, lauk kari, mama dan saya keluar makan dekat majlis perkahwinan anak jiran kat lorong sebelah tu. kerana makanan yang menarik kat wedding tu, aku diberikan sebiji telur lepas habis capai makanan yang sedia terhidang tu. tak elok tolak rezki kan kerana sebiji telur diberi, saya simpan dalam beg elok punya.
Lepas selesai makan, nak balik rumah, tmama kena tahan, boraklah dengan kawan kejap, takkan la xnak amik khabar berita sikit, nanti di cop sombong pulak. kerana sebiji telur yang telah disimpan tu, saya disoal seorang mak cik, "awak dapat xtelur", saya kata, "dapat", mak cik kata "nak?", saya kata "amikla kat depan..", kerana sebiji telur, saya disuruh pulak jadi tukang bagi makanan lebih ka. saya sendiri tak faham mak cik tu berani suruh saya amik telur lebih, padahal telur yang lebih untuk anak kawan mak cik yang xdapat datang ke wedding jiran saya. saya xreti nak kata, "MACIK XMALU KA..MINTAK"
No comments:
Post a Comment