Semalaman aku tidur lepas isya’ pastu bukak laptop, ingat kan nak bukak laptop nak betulkan report by chapter tapi tak buat. Penat. Aku temani mama pergi Ampang point malam tu sekejap untuk beli barang keperluan mama lepas tu terpaksa lah singgah jugak kedai-kedai yang mama berkenan, mungkin penat lepas meronda tu lah yang menyebabkan aku ketiduran
Semalam jugak aku dah habiskan jualan kuih raya, tak akan bawak kuih raya sana dan sini sebab order itu akan ditutup hari jumaat. Dalam masa ramai member order kuih, kelakar jugak rasanya dapat jadi penjual kuih raya, member lelaki kat kelas yang tak pernah bercakap dengan kita tetiba cakap, “aku nak kuih raya mocha…”, aku harap dorang bayar duit deposit tulah sebab aku guna duit sendiri sebab duit deposit RM10 dorang tak dahulukan dulu. Sebelum tu aku dah promote kat lecturer tapi tak mahu aku cakap banyak sebab ada yang tak berminat, nak harga kurang lah and so on. cerewet.
Petang tu, aku balik dari kolej dalam pukul 4petang, naik train dan motor yang parking dekat dengan bawah jambat. Aku balik rumah dulu, tukar baju pastu pergi bank in duit bag yang aku nak beli dekat sam. Aku pegi je bank dah tutuplah rupanya bank CIMB, time tu pukul5. Memang sesia datang tak boleh bank in. Aku dapat panggilan tetiba daripada BSN pasal pampasan duit perlindungan, dia kata terhad dan benda ini khas untuk pelanggan BSN yang tertentu. Aku sebenarnya bersetuju sebab aku tak ada wang untuk cover diri dan keselamatan aku, aku sedar kita tak tahu bila masa kita agan guna, so kita kena sediakan payung sebelum hujan cuba kalau satu masa nanti, aku ter-kemalangan, duit tak ada pastu nak menyusahkan mak ayah lagi, so aku decide on that spot, aku SETUJU pastu ada polisi next step akan datang kat rumah. Kalau ikutkan ajen perlindungan macam Prudential kena kan RM200+ sebulan, tapi BSN cuma potong RM25 dalam akaun setiap hujung bulan, akibat perbualan yang aku terima ni aku terpaksa pegang telefon dekat 45 minit. Sebab tu la aku tak sempat pergi bank, sekian.
Ps- duih jual kuih raya membuatkan aku tak ada duit belanja sekarang
No comments:
Post a Comment