Hari khamis tu hari pendaftaran last semester aku kat kolej, aku harap aku takkan lalui sesi pendaftaran kolej lagi, sejak semester yang lepas dan lepas, aku tak penah la datang seawal yang aku sangka, aku datang time 8, register start pukul 9, semangat nya kau.
Aku ingatkan datang awal boleh la senang daftar pastu balik kejap nanti datang balik pukul2 ada taklimat FYP, rupanya tak. Aku ditahan sebab tak bayar duit yuran tunggakan rm6 280, itu baru baki duit yang sepatutnya aku dapat duit pinjaman tapi dorang xcover, setakat ni aku dah pinjam PTPTN, MARA, PAMA (parents) , pastu aku baru tahu aku dapat dana YPM RM3000 yang tu free tak yah bayar.
Aku nak cerita yang aku sangat marah pada diri sendiri, sebab hati yang lembik ini menangis, sebab aku kena tahan nak daftar dengan duit tak ada pastu nak bayar macam mana dengan yuran tangguh-tangguh tu, nak sambung belajar nex sem, maka aku ter-menangis lepas orang kewangan tu macam nak makan aku. Mungkin tu kerja kewangan, kewangan memang orang yang membosankan. Bukan aku tak nak bayar, first student, duit bukan main-main, parents aku ada hal masing-masing, lepas kena tahan dalam bilik konsultasi tadi aku rasa macam nak daftar besok, tapi aku kuatkan hati ini.
Aku tak jadi balik, aku mesej bak kat Oman tolong bayarkan duit yuran dalam bulan ini, memang lah aku sedar aku banyak sangat menyusahkan mama ngan bak, aku harap aku dapat balas balik jasa besar mama dan bak, sedih menangis sendirian time tu, aku tak dapat nak tolak menangis aje lah masa masuk kat dalam bilik konsultasi balik, aku cakap kat orang kewangan tu, minta maaf sebab saya ter-menangis, TERIMA KASIH!
Aku sebenarnya tak suka menangis, sebenranya jangan biarkan diri anda diselami emosi, fikirkan yang positif, xada apa yang senang, so terima je lah, kau dah nangis kat kolej, nanti jangan pulak menangis kat rumah.
Leceh kan kalau orang yang kuat nangis ini. Aku la tu, nak marah tak boleh, redha saja lah, aku sampai rumah lepas kat kolej semua dalam pukul 5, Sekian.
No comments:
Post a Comment