Tuesday, July 26, 2011

Birth-day pakcik chan comel

I guess i would like to start writing in English through this entry and so on. It would be great and helping myself on improving my english and others. Yesterday was pak cik chan comel birthday. Actually abang chan was cool and sporting person. His birthday on 25th July. I was like a stalker to his Facebook before this, because I like his attitude. but not anymore. I respect him. He’s still young and single but I understand he must be un-available. He is the type of handsome guy and friendly to everyone. Back to the story telling that I wished him a happy birth-day. Before that, I opened his Facebook wall and watch each wishes came from his friend. So, I started to type a comment and said to someone’s wall:

N: lama xketemu.happy birthday.(there’s another wish before me, and it was his friend that i’ve met)

Hidayahjamal: “tumpang lalu, happy birthday chan:) (I just interfere this wall purposely)

Chan: “terima kasih. Sayang korang berdua (He comment it back and fast)

I click on my mouse with like to his comment and never answer it back

H: I love you too chan (actually i would like to answer but never had guts about it..he’s just like a brother and kind, good gentleman)

Happy birthday Abang chan, may Allah bless you and may you find to search the beauty girl for your wife, he’s 27 in this year. For the last year, he had treat my friend, Umairah and me at the gardens, Midvalley at the Italianese restaurant (that was my first time eating there). And we gave him yellow card for a thank you. I hope he would treat me a cake or a card saying that he’ll married soon. I also gave him a present for the last time we met at Dataran Merdeka, gave him frame with Yuna, a bag with cute snow ball, I miss to meet him, this should be a secret, okbai :)

P8011202Pic were taken: on his birthday last year 1/8/2010 when we met and gave him our yellow card, abang kacak boleh belanja kan cake tak :P

Wednesday, July 20, 2011

Tak tahu kenapa penat

Semalaman aku tidur lepas isya’ pastu bukak laptop, ingat kan nak bukak laptop nak betulkan report by chapter tapi tak buat. Penat. Aku temani mama pergi Ampang point malam tu sekejap untuk beli barang keperluan mama lepas tu terpaksa lah singgah jugak kedai-kedai yang mama berkenan, mungkin penat lepas meronda tu lah yang menyebabkan aku ketiduran

 

Semalam jugak aku dah habiskan jualan kuih raya, tak akan bawak kuih raya sana dan sini sebab order itu akan ditutup hari jumaat. Dalam masa ramai member order kuih, kelakar jugak rasanya dapat jadi penjual kuih raya, member lelaki kat kelas yang tak pernah bercakap dengan kita tetiba cakap, “aku nak kuih raya mocha…”, aku harap dorang bayar duit deposit tulah sebab aku guna duit sendiri sebab duit deposit RM10 dorang tak dahulukan dulu. Sebelum tu aku dah promote kat lecturer tapi tak mahu aku cakap banyak sebab ada yang tak berminat, nak harga kurang lah and so on. cerewet.

 

Petang tu, aku balik dari kolej dalam pukul 4petang, naik train dan motor yang parking dekat dengan bawah jambat. Aku balik rumah dulu, tukar baju pastu pergi bank in duit bag yang aku nak beli dekat sam. Aku pegi je bank dah tutuplah rupanya bank CIMB, time tu pukul5. Memang sesia datang tak boleh bank in. Aku dapat panggilan tetiba daripada BSN pasal pampasan duit perlindungan, dia kata terhad dan benda ini khas untuk pelanggan BSN yang tertentu. Aku sebenarnya bersetuju sebab aku tak ada wang untuk cover diri dan keselamatan aku, aku sedar kita tak tahu bila masa kita agan guna, so kita kena sediakan payung sebelum hujan cuba kalau satu masa nanti, aku ter-kemalangan, duit tak ada pastu nak menyusahkan mak ayah lagi, so aku decide on that spot, aku SETUJU pastu ada polisi next step akan datang kat rumah. Kalau ikutkan ajen perlindungan macam Prudential kena kan RM200+ sebulan, tapi BSN cuma potong RM25 dalam akaun setiap hujung bulan, akibat perbualan yang aku terima ni aku terpaksa pegang telefon dekat 45 minit. Sebab tu la aku tak sempat pergi bank, sekian.

Ps- duih jual kuih raya membuatkan aku tak ada duit belanja sekarang

Tuesday, July 19, 2011

Mahu masuk kelas Bahasa English

 

Cepatnya hari ini dah Selasa. FYP masih lagi dalam progress. dan aku tak masuk kelas kat kolej dah x lewat, okay good. Sebab FYP aku agak teruk, aku mintak tolong abah aku kat Oman,  dan tolong cek report and language english aku. Super tak terror buat report. Patutlah BM BI aku tak ada A masa aku jawab SPM dulu. Dahla ada masalah language pastu tak ada idea apa yang nak di ceritakan. Apa kah kau ni baru tahu, dah tua baru nak belajar improve language ke. Eh bukan ke ilmu itu tak kira mana saja kau amik ada saja berkat nya dimana-mana. xkisahla at least ada usaha nak berubah ye kannnnn.

Aku dinasihatkan abah untuk masuk kelas English. Good for your future to power your knowledge and work interview.

image

Ps- sekarang suka dengar lagu aishiteru

Monday, July 18, 2011

Pergi kelas menuntut ilmu

 

Semalam aku datang kelas dengan lewat, aku sediakan buku dan kelengkapan masuk ke dalam beg, lepas tu aku perasan motor aku yang rosak ada kat bengkel, aku tak boleh amik kat bengkel lagi sebab dorang belum repair, agak marah sebab total kos repair minyak hitam, bateri masa hari ahad dah RM105, lepas tu hari isnin nak amik tak siap dia tukar starter dah RM120, aku amik motor lepas pukul 4pm dan bayaran sume duit ini dekat RM225. Sedih tengok motor.

Masa pergi kelas okay je tapi ada sorang dua member lelaki macam xsuka je kat aku, aku ni agak sensitif kalau budak lelaki bebel tak kena tempat pasal aku. Mungkin salah aku sebab mula dulu. Masa aku masuk kelas memang lewat setengah jam, dah la panas, motor rosak la nak kena train, insyaAllah perkara lewat ini akan aku elakkan pada esok hari. Lelaki satu kelas aku namanya M kata dah la masuk lewat kat aku menyindir semacam, oke aku senyum sebab dia tak selalu cakap dengan aku tapi tetiba cakap. Memang salah aku datang lambat

Lelaki lagi sorang kat kelas aku namanya W kata perangai aku semacam tapi aku sedih pulak bila dia sindir perangai aku yang bosan dan poyo. Member ini namanya W bersuara besar, cakap sedap hati, umurnya pun dekat 27tahun ini. mungkin salah aku, mulanya aku kata kat dia, lama tak nampak, dia kata busy, pastu aku tertanya kenapa nampak happy je kang menangis pulak, pastu dia jawab abis takkan nak perangai macam kau tu, hmm niat nak berkawan dengan W tapi bila dengar cakap gaya dia bersahaja dengan emosi yang menyakitkan aku buat aku berubah fikiran..aku tak patut cakap banyak kat kau, so angkat tangan di bahu dan mata di atas. Jangan layan sangat nanti stress.

Masa aku cakap dengan dia, dia dah asyik sengih macam kambing tapi aku dah sedih sebenarnya dengan gaya dia tunjuk tu kutuk kat diri aku. Aku kata kau jangan lah ikut aku, terus belah dari dia dan berhajat tak ingin berbaik atau bercakap dengan dia. InsyaAllah. Bila kita masuk kelas ilmu ada masa kita perlu buat ada masa kita tak perlu buat, Jangan sedih kan saya. Sekian.

Wednesday, July 13, 2011

Scene

Hari ini aku balik rumah lewat sebab hal kolej, aku sebenarnya tertarik pada beberapa scene yang aku rasa tak patut terjadi. Masa scene itu ada gap nak pegi kelas, mulanya ramai kawan ajak sepakat xpayah pegi tapi aku pegi kelas petang. Tapi sebelum tu dah makan kat cafe kolej pastu balik rumah. Malangnya kawan aku xdatang kelas tapi aku datang jugak. Takpe, ada hikmahla tu.

Syukur, xnak ikut perangai malas.Omakngah, kena balik rumah dulu lepas tu datang balik kolej (first time buat perangai pegi balik ke rumah sendiri), nasib baik aku datang balik kolej, kalau tak pegi kelas terbiar. tak faham apa pon tak boleh buat kalau xtahu kan, nanti tak tahu nak tanya siapa terkial-kial pulak. Memang nasib baik aku datang kolej balik dalam pukul 3lebih, Alhamdulillah, Allah maha besar, dan membantu aku hambaNya yang berdoa untuk sentiasa di dalam perlindungannya. Ada teman jugak kawan sekelas perempuan satu course kat situ.

Sebab mulanya tak ada kawan. Scene kedua aku rasa aku kenal abang mamat ini, dengan tetiba dia kata aku kenapa sorang, aku jawab sajaje, dia soal lagi pulak, kenapa malu ke, ha ah aku iakan sahaja. Aku xtahu la kenapa tetiba asik bertanya kan kat aku. Aku harap as a friend yang caring (time tu aku tengah take notes) aku jawab dengan senyum aja. HAHA. Mulanya aku nak tarik muka, apesal mamat ni nak tanya semacam banyak pulak. Pastu aku fikir 2-3 kali tadek pape la. HAHA.

Kau jangan emosi sangat. Selesai scene ke-dua dan terakhir ini aku jumpa supervisor aku lewat petang. Aku bersyukur dapat supervisor yang cool dan baik, tapi aku perlukan seseorang nak ingat kan aku Bagaimana untuk selesaikan kerja FYP ini dengan lebih teratur. FYP kau markahnya sikit. Aku sedar yang aku tak pandai buat research. Sekian

Scene kat rumah pulak. Adik aku dapat pergi PLKN. HAHA !!

Monday, July 11, 2011

Pergi berjalan lepas kelas

Kelas dah bermula, tugasan dengan kerja rumah bertambahla dan akan bertimbun, kau kena usaha lebih kalau nak berjaya kan, insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya, oh silap. cuba termampu bole kan. Mula keluar rumah pergi ke kelas kembali dengan berbaju kurung buat aku rasa rindu nak pegi kelas ngaji cikgu nor esah, tapi aku ada kelas pengajian aku kan. so kena buat yang penting untuk masa depan aku sendiri kan.

Lepas habis kelas dalam pukul 1.30 tu aku balik rumah, tapi sebelum balik rumah, ada pulak cerita lecturer aku berpindah mengajar tempat lain. sedih pon ada tapi malas lah nak layan perasaan. Aku terus balik besok mesti ada kelas lagi kan. Aku balik je, mama dah ready bawak aku jalan, kereta kat luar gate, sebenarnya aku pergi bank in duit yuran kolej rm2000. Aku rasa kalau aku xsetelkan duit penangguhan ni, memang tak jawab exam lag kau. Lepas bank in duit kat BSN, mama ajak temani beliau ke Ampang Point. Dalam kepala otak aku fikir kalau xbeli baju beli makanan, kalau tak ada barang beli tudung. rupanya beli barang raya mak aku baju baru dengan tudung baru. lawa la wehh. jeles sebenarnya, dah banyak kali aku tahan diri daripada nak beli barang berharga ni, aku tak berkemampuan nak beli barang baru sekarang.

Maka, berjalan temankan mama beli barang lepas selesai buat perkara yang patut. dan bye. oh, kami beli makanan sikit kat kedai pisang goreng je :)

Thursday, July 7, 2011

Menangis kalau ikutkan emosi boleh buat aku marah

Hari khamis tu hari pendaftaran last semester aku kat kolej, aku harap aku takkan lalui sesi pendaftaran kolej lagi, sejak semester yang lepas dan lepas, aku tak penah la datang seawal yang aku sangka, aku datang time 8, register start pukul 9, semangat nya kau.

Aku ingatkan datang awal boleh la senang daftar pastu balik kejap nanti datang balik pukul2 ada taklimat FYP, rupanya tak. Aku ditahan sebab tak bayar duit yuran tunggakan rm6 280, itu baru baki duit yang sepatutnya aku dapat duit pinjaman tapi dorang xcover, setakat ni aku dah pinjam PTPTN, MARA, PAMA (parents) , pastu aku baru tahu aku dapat dana YPM RM3000 yang tu free tak yah bayar.

Aku nak cerita yang aku sangat marah pada diri sendiri, sebab hati yang lembik ini menangis, sebab aku kena tahan nak daftar dengan duit tak ada pastu nak bayar macam mana dengan yuran tangguh-tangguh tu, nak sambung belajar nex sem, maka aku ter-menangis lepas orang kewangan tu macam nak makan aku. Mungkin tu kerja kewangan, kewangan memang orang yang membosankan. Bukan aku tak nak bayar, first student, duit bukan main-main, parents aku ada hal masing-masing, lepas kena tahan dalam bilik konsultasi tadi aku rasa macam nak daftar besok, tapi aku kuatkan hati ini.

Aku tak jadi balik, aku mesej bak kat Oman tolong bayarkan duit yuran dalam bulan ini, memang lah aku sedar aku banyak sangat menyusahkan mama ngan bak, aku harap aku dapat balas balik jasa besar mama dan bak, sedih menangis sendirian time tu, aku tak dapat nak tolak menangis aje lah masa masuk kat dalam bilik konsultasi balik, aku cakap kat orang kewangan tu, minta maaf sebab saya ter-menangis, TERIMA KASIH!

Aku sebenarnya tak suka menangis, sebenranya jangan biarkan diri anda diselami emosi, fikirkan yang positif, xada apa yang senang, so terima je lah, kau dah nangis kat kolej, nanti jangan pulak menangis kat rumah.
Leceh kan kalau orang yang kuat nangis ini. Aku la tu, nak marah tak boleh, redha saja lah, aku sampai rumah lepas kat kolej semua dalam pukul 5, Sekian.

Says saya

saya sensitif sikit, kadang-kadang cepat tersentuh kalau ada orang kutuk ke, kadang-kadang pendiam tapi tak ada isi. saya baik tapi tak suka menyusahkan orang. saya orang biasaje, mcm orang lain. makan, minum dan tidur masih biasa dibuat macam orang lain,

kadang-kadang banyak berangan, ada la berangan nak kenal yuna, nak jumpa Imam muda Hassan sikit, saya suka Yuna. suka sangat dengan music Yuna, Yuna tu kadang-kadang macam selalu je dekat di hati kalau kita asik dengar lagu dia. Sekarang ke sampai bebila la saya suka yuna.
Saya sensitif hari ni sebab mak saya condemn saya jual kuih raya xseberapa. saya senyap, pandang mata diatas, tangan dibahu, apa pasal la ye, entry ini ber-saya, haha. sekali sekala, intro pasal diri saya.
Thank you.

Sunday, July 3, 2011

Masak Caramel

Senang je nak buat caramel,

Bahan yang kena ADA:

Telur 7 biji
Susu pekat amik separuh
Sugar castard 3sudu
Gula 3 scoup untuk gula hangus
Air & wrapper nak kukus caramel

First, korang amik loyang bersihkan la. xkan la tu pun nak cite sini, keh3, tertaip excited siut. Amik gula bubuh dalam loyang sampai gaul cair. Jaga gula betul-betul, janganla hitam hangus pulak xjadi kang. Kejap je gaul dah cair letak terus kat loyang. Skill letak gula cair mesti ada kat korang punya. gelek-gelek kuali ngan loyang dah jadi sama rata tu setel la part gula.

Pastu amik bahan yang ini nak kena blend. macam 7biji telur, susu pekat letak la separuh, sugar castard bird 3 sudu, esen vanila letak sikit, campur air sikit aja. Pastu blend and letak la kat loyang yang dah kena gula cair tu. Amik la pengukus bubuh air awal-awal, pastu baru letak atas tu kukus pakai wrapper. Kukus la dalam 20 minit set pastu tutup. Lepas dah jadi bukak pengukus kuih caramel, sejukkang letak dalam peti sejuk, siap :)

Selamat makan !
pinjam pic caramel